PENDIDIKAN AKIDAH

l  Pendidikan berasal dari perkataan didik yang merujuk kepada maksud mengajar (Kamus Dewan 2002) mengasuh (Abdullah & Ainon 1994), atau tarbiyyah (Abdullah Ishak 1995) atau satu proses pengisian diri, pembentukan disiplin dan pengintelektualan generasi muda (Jubran Mascud 2001), atau satu proses meningkatkan dan memaksimumkan peranan fizikal, mental dan akhlak manusia ke arah yang benar-benar sempurna (al-Munjid 2001) atau satu proses dimana generasi muda dipelihara, disubur dan disemai (J.A Simpson & E.S.C. Weiner 2004), diindoktrinisasikan dan diberikan input ilmu untuk membentuk perkembangan dan pembinaan akhlak yang baik (Patrick Hanks 2000).

l  Syed Qutb (1992) : pendidikan dalam Islam adalah sangat luas dan bersepadu, merangkumi seluruh cara hidup manusia. Kurikulumnya datang daripada Allah s.w.t., mengandungi aspek-aspek seperti akidah (kepercayaan), syariah (undang-undang) ibadah (pekerjaan), akhlak (tingkahlaku), sains, teknologi, sosiologi, politik, ekonomi dan lain-lain. Ia merangkumi kehidupan di dunia dan akhirat dalam satu disiplin yang lengkap.

l  S.S. Hussain dan Syed Ali Ashraf (1989) : pendidikan dalam Islam memiliki keupayaan yang tidak terbatas dalam membangunkan jatidiri dan mengangkat darjat manusia ke tahap yang paling tinggi antara makhluk ciptaan Tuhan.

l  Pendidikan Islam adalah satu proses mendidik dan melatih seluruh potensi yang wujud dalam diri manusia Islam dengan kerangka Islam yang bersepadu berasaskan prinsip-prinsip wahyu.

l  Sifat pendidikan Islam ialah menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah autoriti dan pengendalian al-Quran dan al-Sunnah, maka hujah-hujah rasional seperti keutamaan sains dan kecanggihan teknologi atau apa sahaja yang diistilahkan sebagai suasana semasa seperti masyarakat bermaklumat, globalisasi atau pemurnian isme-isme yang lama atau yang baru, wajib disesuaikan dan direncanakan mengikut prinsip-prinsip pendidikan Islam yang asasnya adalah akidah Islam.

l  Hasan Langgulung 1997 : Objektif Pendidikan dalam Islam adalah objektif hidup orang Islam. Ia membentuk manusia yang dapat menjalani keseluruhan hidupnya secara murni dan jujur berasaskan etika keislaman (M. A. Zaki Badawi 1992).

l  al-Attas (1980) : Objektif pendidikan Islam adalah mencipta manusia yang baik, iaitu manusia yang insaf sepenuhnya tanggungjawab dirinya kepada Tuhan Yang Hak, manusia yang memahami dan menyelanggarakan penunaian keadilan terhadap dirinya dan diri-diri lain dalam masyarakatnya, yang terus berupaya meningkatkan setiap aspek dalam dirinya menuju kesempurnaan sebagai insan adabi, iaitu insan yang sentiasa berusaha menanamkan kualiti kebaikan yang diterima dalam kehidupan metarial dan spritualnya.

l                 

l  “Falsafah Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”

l  Ibrahim 1972 : Akidah berasal daripada kata dasar bahasa arab iaitu caqada bermaksud simpulan atau materi yang merujuk kepada sesuatu yang teguh dan mantap

l  Ibrahim 1982: Perlakuan yang berasaskan persetujuan dan keyakinan diikuti dengan qasad, azam dan niat

l  Sulaiman Yasin 1985: simpulan maknawi yang terkhusus dalam ideologi dan kepercayaan

l  Johari Mat 1998) : Iman yang kuat dan mendalam terhadap Allah dan segala yang terkandung dan bersabit dengan rukun iman.

l  as-Sayyid al-Sabiq 2000, Mahmud Syaltut 1966 : Kepercayaan dan keyakinan yang pasti dan tidak berbelah bagi serta tanpa keraguan dan syak wasangka kepada Allah dan segala sifat-sifatNya.

l  Muhammad Nucaim (1991) : Akidah atau iman disebut sebagai keyakinan yang bersungguh-sungguh bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. adalah Tuhan bagi segala sesuatu, Maha Berkuasa dan Maha Pencipta. Di samping itu, iman juga merujuk kepada pengakuan yang teguh bahawa Allah s.w.t sahaja yang berhak disembah dan dirujuk segala amalan.

l  Muhammad cAbduh (1994) : Akidah adalah keyakinan kepada kewujudan dan keesaan Allah s.w.t dan keyakinan kepada sifat-sifat serta perbuatan-perbuatan yang sabit denganNya kerana sesungguhnya Allah adalah tempat kembali dan matlamat akhir segala makhluk di cakerawala ini. Ppendidikan akidah adalah teras kepada pembangunan manusia. Signifikannya boleh dilihat pada tempoh 13 tahun pertama penurunan wahyu oleh Allah s.w.t. dan penyebaran dakwah oleh Rasulullah s.a.w. di Mekah. 13 tahun adalah satu tempoh yang panjang dan fokus dakwah pada ketika ini yang tertumpu kepada usaha mendidik dan menyerapkan akidah Islam kepada penduduk Mekah boleh dilihat sebagai bukti bahawa akidah atau ilmu akidah memiliki keistimewaan tersendiri yang luar biasa dalam membentuk jiwa dan peribadi manusia.

l  al-Sayyid al-Sabiq (1976) : iman adalah gambaran kepada akidah. Ia berfungsi sebagai asas kepada Syariat Islam. Daripada syariat Islam inilah terpancar segala cabang-cabang lain dalam Islam. Perbuatan (al-camal) pula merupakan gambaran kepada syariat Islam, atau satu subjek yang akan didasarkan kembali kepada iman dan akidah. Justeru, iman dan amal, atau akidah dan syariah,  kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain seperti hubungan antara sebab dan musabbab, atau mukaddimah dan natijah.

l  Haron Din et. al.1985 : Akidah adalah asas kepada pembinaan Islam secara keseluruhan khususnya pembangunan diri dan akhlak muslim. Hubungan antara akidah, iman dan akhlak dapat dilihat dengan lebih jelas melalui penelitian terhadap hubungan antara dua rukun iman, iaitu iman kepada Allah  dan iman kepada Hari Akhirat.

l   

l  Abdul al-Salam 1986 : Seseorang manusia itu tidak dikatakan berakidah jika tidak berfikir dan tidak dikatakan berfikir melainkan dengan asas-asas keimanan dan tidak beriman seseorang itu jika tidak disertai dengan mackrifah dan tidak akan memperolehi mackrifah melainkan melalui al-Quran al-Karim. Sesungguhnya sesiapa yang memahami al-Quran nescaya mereka akan mengenal Allah Tuhan mereka dan sesiapa yang mengenal Allah sesungguhnya Allah s.w.t. hampir dengan mereka. Aqidah adalah aspek paling utama dalam kehidupan seseorang Islam. Ia berfungsi sebagai dasar dan nadi terpenting bagi pembinaan Islam secara keseluruhan. Yusuf al-Qardhawi (1996) dalam membahaskan masalah  Fiqh al-Aulawiyat (fahaman terhadap pekerjaan yang perlu diutamakan) meletakkan agama dan aqidah sebagai perkara utama dalam perkara-perkara al-dharuriyyat (sesuatu yang kita tidak berupaya untuk hidup kecuali dengan kewujudannya) dan perlu didahulukan berbanding dengan perkara-perkara al-hajjiyyat (kehidupan yang boleh berlaku tanpa perkara tersebut walaupun menghadapi kesukaran) apatah lagi kepada perkara-perkara yang bersifat al-tahsinat (pelengkap kehidupan).

l  Wahbah al-Zuhaily (2000) : Perkara pertama yang perlu ditanam ke dalam diri dan jiwa orang Islam semasa kanak-kanak ialah mengisbatkan kewujudan Allah dan mengesakannya. Diikuti dengan kasihkan Allah dan mensyukuri segala kurniaanNya kepada manusia. Kanak-kanak mesti dididik untuk memahami dan mempraktikkan kepercayaan bahawa Allah s.w.t. sahajalah yang berkuasa menjadikan segala yang ada di alam ini dan Dialah juga yang berkuasa terhadap persoalan-persoalan hisab dan balasan terhadap segala amalan yang telah dilakukan oleh makhluknya.

l  Abdullah Nasih Ulwan (1995) : Pendidikan akidah dalam Islam  adalah pendidikan yang berterusan dan harus bermula daripada usia tamyiz. Pendapat ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 172, dan surah Luqman ayat 13 hingga 15. Kaedahnya, adalah mengenalkan kanak-kanak itu kepada kuasa Allah yang luar biasa dalam penciptaan Alam dengan penuh khusyuk dan taqwa. Selain itu, anak-anak hendaklah secara konsisten dididik mengingati Allah dalam apa jua suasana dan keadaan.

l  Secara khusus, pendidikan akidah di Malaysia juga adalah berdasarkan aliran akidah menurut fahaman ahli Sunnah wa al-Jamaah (Mudasir Rosder 1998) dan aliran akidah ini menjadi teras kepada pendidikan Islam di peringkat KBSR dan KBSM (Kementerian Pendidikan Malaysia 1988, 1997). Objektif pengajaran dan pembelajaran akidah di kedua-dua peringkat ini secara umumnya adalah untuk memantapkan keyakinan pegangan akidah Islamiah di kalangan pelajar serta menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan pelajar dan mewujudkan benteng keagamaan kepada diri pelajar (Kementerian Pelajaran Malaysia 1997).

l   

l   

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: