KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

Saya telah mempelajari banyak perkara yang berkaitan dengan komputer,kini saya baru sedar bahawa banyak kegunaan dan kepentingan penggunaan komputer dalam era teknologi sekarang terutama kepada para guru.Pada minggu pertama kelas iaitu kelas pada hari selasa jam 2-5 ptg yang diajar oleh encik khalid sebagai tenaga pengajar,saya telah didedahkan tentang kepentingan komputer dalam pendidikan guru.

Pada minggu kedua,saya telah mempelajari bagaimana cara untuk membuat emel,menghantar emel serta fail atau dokumen yang berkaitan menerusi emel.kini, melalui emel ianya memudahkan saya untuk menghantar setiap tugasan dengan mudah,cepat, dan menjimatkan dari segi masa.kemudian,saya didedahkan bagaimana untuk membuat yahoo group,blog.menerusi blog saya dapat menyimpan segala nota dan perkara yang berkaitan dengan pembelajaran secara sistematik dan cepat.dengan adanya blog,saya boleh membaca segala nota walau di mana sahaja tanpa perlu membawa atau merujuk kepada buku.

seterusnya,sebagai bakal guru saya telah didedahkan bagaimana cara untuk menggunakan teknologi untuk memudahkan segala urusan terutamanya menguruskan maklumat pelajar.en khalid telah memberi tunjukajar kepada saya dan kawan-kawan tentang cara penggunaan excel.sebenarnya excel ada banyakkegunaan kepada kita,antara kegunaannya ialah menyusun maklumat pelajar secara sistematik dan tersusun dengan cepat,tepat,mudah dan menjimatkan masa. 

kemudian,saya telah mempelajari bagaimana cara untuk membuat access.begitu sukar bagi saya untuk memahami setiap langkah-langkah untuk membuat access.kami mempelajari access selama dua minggu.fungsi access adalah untuk mengumpul maklumat pelajar dalam satu folder secara sistematik.,En khalid menyuruh saya dan rakan-rakan menyiapkan latihan excel yang  telah diberikan dan menghantarnya menerusi emel.kini,tibalah masanya untuk saya mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam makmal iaitu menghantar fail dan tugasan menggunakan emel.sebelum kelas tamat,en khalid menyuruh saya dan rakan-rakan membuat tugasan pengajaran yang berkaitan dengan bidang masing-masing dan menghantarnya selepas cuti.

pada minggu yang berikutnya,en khalid mengajarkan bagaimana cara untuk menggunakan spss.segala fail yang berkaitan dengan spss boleh didownload menerusi mdkhalid_group.saya begitu teruja kerana saya mengikuti dengan baik setiap apa yang diajarkan en khalid.sebelum kelas tamat,en khalid mengingatkan kepada saya dan kawan-kawan supaya menyiapkan  tugasan excel belanjawan,access,yahoo group dan mengemaskinikan blog.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: