HUBUNGAN ETNIK

          Pakar-pakar peyelidik berpendapat bahawa perkataan budaya itu berasal dari perkataan Sanskrit ‘budaya’ ialah percantuman dua perkataan ‘budhi’ dan ‘daya’.

          Perkataan ‘budhi’ yang dipinjam dari bahasa Sanskrit bererti ‘kecergasan fikiran dan akal’ manakala ‘daya’ ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna ‘kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh’.

          Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini ‘budaya’ akan membawa maksud ‘tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa’

          Dictionary of  Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai ‘The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too persive to be readily noticed from within’.

           

          Budaya dapat didefinisikan sebagai cara hidup yang diikuti  oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat

          Budaya boleh dibahagikan kepada dua:

          budaya kebendaan

          budaya bukan kebendaan

           Budaya kebendaan

          peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya.

          Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo.

          Budaya bukan kebendaan

          kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.

          Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki

          Terdapat dua peranan utama budaya:

          1. membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti

          2. pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental

          Maka ‘manusia itu sendiri membentuk budaya’ dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri

Ciri-Ciri Budaya

          Dipelajari

         Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari

         Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu:

          i.              Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran,                       sekolah, institusi latihan dan sebagainya.

          ii.             Nilai yang mendapat keutamaan dalam                                               sesebuah masyarakat itu.

          iii.            Umur seseorang.

          iv.            Tahap pendidikan

          v.             Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

 

          Perkongsian

         Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia.

         Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

         Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

          Kesejagatan

         Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.

         budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

         Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:

          i.              peralatan dan kelengkapan hidup manusia.

          ii.             mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.

          iii.            sistem sosial.

          iv.            bahasa.

          v.             kesenian.

          vi.            sistem pengetahuan.

          vii.           agama dan kepercayaan.

          Diwarisi

         Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu.

         Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

          Berubah

         Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami  perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia.

         Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

         Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:

          i.              pertambahan bilangan anggota masyarakat.

          ii.             pertambahan keperluan dan keinginan manusia.

          iii.            penemuan dan penciptaan teknologi baru.

          iv.            pertembungan budaya.

          v.             konflik yang berlaku.

          vi.            perubahan alam sekitar.

          Perlambangan

         Perlambangan ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya.

         Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: