AKHLAK DAN TASAWUF

 

KEDUDUKAN DAN KEPENTINGAN AKHLAK DALAM

KEHIDUPAN MANUSIA DAN ISLAM

 

§  Suatu perkara yang tidak dapat dinafikan bahawa manusia tidak dapat memisahkan diri mereka daripada akhlak

§  Oleh itu kedengaran orang memperkatakan tentang nilai, etika, moral, budi, susila.

§  Dalam pelbagai agama aspek akhlak begitu menonjol- sehingga ada agama yang membuat kaitan antara moral manusia dengan kehidupan manusia selepas mati

§  Mengapa? Ia Ibarat senjata yang boleh memberikan manfaat dan keburukan kepada manusia. Ia menjadi sendi yang mengukuh hubungan, menjamin keselamatan, membuahkan kebahagiaan dan sebaliknya

 

 

KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM

 

          Menduduki tempat utama dalam Islam. Ia boleh dilihat daripada beberapa perspektif:

          akhlak diasisosiasi dengan Islam sehingga terdapat dalil yang mensinonimkan Islam dengan akhlak:

          Perkataan “rahmah” ditaksirkan dengan makna akhlak yang mulia (Ibn `Abbas)

          Al-Din (Islam) ialah akhlak yang baik.

          “al-Islam itu ialah akhlak yang baik”

          “Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah orang yang paling baik agamanya”

 

          Membentuk tiga serangkai: Iman, Islam dan Akhlak = Ihsan.

          Akhlak adalah hasil daripada kewujudan keIslaman, yakni hasil pohon Islam dan buah iman (Hadis)

          Ihsan- membuat baik dan Ahsan- perbuatan baik

          Perbuatan baik ialah setiap perbuatan yang

          Meninggi dan mengangkat taraf manusia

          Mendidik jiwa manusia ke arah yang baik

          Mendekatkan diri manusia kepada penciptanya

          Oleh itu, akhlak adalah pengisi nilai dan pengindah binaan Islam

 

§  Menjadi matlamat agama/syariat

§  Setiap amalan syariat bermatlamatkan kebaikan dan memberikan manfaat kepada individu, masyarakat dan alam.

§  Ia meliputi aspek aspek Iman (kepercayaan) dan Islam (aspek amalan)

§  Manfaat dan kebaikan tersebut akan tercapai apabila akhlak yang mulia itu menjadi jati diri.

§  Malah perintah dan galakan dengan gandaan pahala dinyatakan oleh Allah secara jelas di dalam al-Quran

§  Menjadi matlamat pengutusan Rasul

§  Pengutusan nabi dan rasul dihubungkan dengan akhlak.

§  “sesungguhnya aku (Muhammad) diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”

§  Orang mukminin yang paling sempurna ialah orang yang paling baik akhlaknya

§  Sanjungan Allah kepada Nabi atas kemuliaan akhlak

§  Sesunguhnya Engkau(Muhammad) adalah atas akhlak yang mulia

§  “Adalah akhlaknya (Muhammad) itu al-Quran”

 

 

Kepentingan Akhlak Dalam Islam

 

§  Nilai Setiap Muslim di hadapan Allah adalah pada akhlaknya

§  Penciptaan manusia hanyalah untuk menjadi hamba kepada Allah

§  Surah al-Ikhlas

§  Allah menuntut ibadah yang ikhlas

§  Kemuliaan manusia yang bertaqwa mengatasi individu lain

 

§  Syarat Mutlak Kejayaan Manusia di Akhirat

§  Setipa yang dilakukan oleh manusia akan dinilai periksa di akhirat

§  Manusia yang hanya menyerahkan dirinya kepada Allah, menjadi hamba yang ikhlas, menghayati akhlak yang mulia akan mendapat kejayaan di akhirat

 

§  Keperluan Untuk Kebahagiaan Manusia di Dunia

§  Individu- ia akan memperolehi ketenangan

§  Masyarakat- akan mendapat kedamaian dan ketenteraman

§  Ketamadunan- dapat menjamin survival Peradaban & Tamadun Manusia

§  Alam- mendapat faedah dan manusia mendapat manfaa

KONSEP AKHLAK DALAM

ISLAM

 

 

Etimologi akhlaq (j) dari khuluq 

Perkataan khuluq yang bermaksud tabiat, kelakuan atau tingkah laku (al-tabi`ah), perangai (al-sajiyah), maruah (al-mu+ru’ah), kelaziman atau kebiasaan (al-`adah).  

Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran:   

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam:4)

 

 

PERKATAAN AKHLAK: SUDUT ISTILAH

 

Imam Ghazali RA (Ihya’ `Ulum al-Din):

 

suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan  yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan  akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila  terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan  akhlak yang buruk.

 

Ibn Miskawaih, ahli falsafah dan moralis Islam (Tahdhib al-Akhlaq):

               

keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

 

Ibrahim Anis (al-Mu`jam al-Wasit)

                               

Sifat yang tertanam dalam jiwa, yang melahirkan berbagai perbuatan baik atau buruk tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan

 

`Abd al-Hamid Yunus (Da’irat al-Ma`arif)

               

Sifat-sifat Insan yang terdidik                              

 

 

 

Ahmad Amin (Kitab al-Akhlaq)

 

         Akhlak adalah sifat batiniah (kejiwaan), bukan lahiriah (luaran). Adapun perbuatan lahiriah dinamakan kelakuan atau muamalah di mana ia merupakan dan bukti adanya sifat kejiwaan atau akhlak.

 

 

KESIMPULAN ERTI AKHLAK:
TIGA PERKARA:

 

1.             Ia  merujuk aspek dalaman manusia, bukan luaran, yakni sifat yang tertanam di dalam diri dalam bentuk stabil hal atau disposisi kejiwaan ini termasuk:

         sifat tabii spt. cepat marah, mudah ketawa, mudah tersinggung, mudah takut, mudah sedih, simpati

         terlatih melalui disiplin dan kebiasaan

         hadis Nabi – al-qalb

 

Oleh itu, Ibn al-Athir menyebutkan di dalam al-Nihayah fi Gharib al-hadith wa al-Athar:

 

Hakikat khuluq ialah rupa atau gambaran batin manusia, iaitu jiwanya, sifat-sifat dan nilai-nilainya yang khusus, seperti juga khalq yang merupakan gambaran atau rupa yang zahir.

 

2.             Aspek dalaman tersebut berada pada tahap stabil, kukuh dan sebati yang bertindak sebagai punca sesuatu perbuatan / tingkah laku. Oleh itu:

                *              t/laku bukan akhlak, hanya cerminan/                                                                            imej/pantulan/bayangan

                *              akhlak ada yang baik dan ada yang buruk

 

3.             Aspek dalaman itu bertindak spontan / otomatik- mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan

               kemunafikan/kepura-puraan/kehipokritan dinafikan

 

 

 

Mengapa Akhlak Sifat Dalaman? 

 

Dalam mencari pengertian akhlak Islam, al-Ghazali telah melihat empat perkara yang berkaitan dengan perbuatan manusia:

 

1.             Apakah akhlak – ilmu mengenai tingkah laku

 

Tidak – kerana manusia kadang kala mempunyai pengetahuan mengenai kebaikan atau keburukan, tetapi tidak melakukannya atau melakukan sebaliknya

 

2.             Apakah akhlak itu – Perbuatan / tingkah laku

 

Tidak – kerana terdapat kemungkinan seseorang itu berakhlak pemurah tetapi dia tidak membelanjakan hartanya disebabkan dia tidak mempunyai harta atau terdapat halangan atau dia mendermakan hartanya tetapi untuk menunjuk-nunjuk sedangkan dia seorang yang kedekut

 

3.             Apakah akhlak itu – keupayaan sesorang untuk melakukan perbuatan baik atau buruk

 

Tidak – kerana nisbah tidak memberi atau memberi adalah sama sahaja di mana setiap manusia diciptakan dengan ada kudrat untuk memberi atau tidak memberi dan tidak semestinya keupayaan semata-mata akan menjadikan orang tersebut sebagai bakhil atau berkakhlak pemurah.

 

 

4.             Apakah akhlak itu – keadaan dalaman jiwa

 

Ya – kerana manusia melakukan sesuatu perbuatan itu didorong oleh dalamannya

 

 

Mengapa Akhlak itu Sifat Batin, Bukan Zahir

 

1.             Manusia terdiri daripada dua komponen penting yakni jasad dan roh

Antara dua tersebut, unsur roh menjadi asas kepada seluruh diri yang bernama insan

 

Mengapa:

1.             Kemuliaan (atau kehinaan) insan adalah pada unsur rohnya

2.             Menjadi asas kepada perbuatan lahiriah manusia

 

 

Perbuatan Mana Disebut Akhlak dan Bukan Akhlak

 

Perbuatan Manusia ada tiga:

1.             Perbuatan yang disengaja

2              Perbuatan yang tidak disengajakan. Perbuatan yang dipaksa/lupa  

3.             Perbuatan reflektif (reflex action/al-a`mal al- mun`akiyah). Perbuatan yang tidak dapat dikawal-denyut nadi (automatic action/al-a`mal al-`aliyah)

 

Hanya yang disengaja dikira akhlak kerana terdapat daya iradah/kawalan

Ini menjadi ciri akhlak keempat yang dirujuk di dalam definisi di atas

 

 

Perbezaan Antara Akhlak dan Perbuatan/T.Laku (1)

 

1.             Unsur pengulangan yang berterusan dalam suatu cara atau bentuk tertentu sehingga menjadi kebiasaan yang tetap dan menjadi bukti akan adanya daya kecenderungan yang kuat dan tetap kepada t/laku tersebut

Sesuatu yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan individu, bukan jarang dilakukan

 

2.             Adanya tanda-tanda menunjukkan bahawa perlikau itu lahir dari dorongan dalaman, bukan sebab luaran, yang dibuat-buat, bukan tabiat

 

3.             Akhlak tidak semestinya dilakukan atau dibuktikan

 

 

 

 

 

 

KETENTUAN AKHLAK
BAIK & BURUK

 

Akhlak itu baik atau buruk adalah ditentukan oleh dua neraca:

1.             Syariah

Suruhan Allah – menjana kebaikan, menolak keburukan

Larangan Allah – menolak keburukan, mendatangkan kebaikan

 

2.             Akal

Aspek pendetilan/penjabaran kebaikan/keburukan

Bergerak di bawah naungan/bimbingan syariat, bukan sendirian/logik

 

 

 

KESIMPULAN

 

Akhlak adalah gambaran peribadi insan – “Siapakah dia?”

 

Terdapat perbezaan antara akhlak sebagai sifat batin dan tingkah laku – akhlak adalah “insan rohani” manakala t/laku adalah “insan jasmani”

 

Kedudukan “insan rohani” ini amat strategik kerana ia menentukan hala tuju “insan jasmani”

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: