العلمية(bahagian ilmiah)

assalamualaikum…..

SERIKANDI MUSLIMAH….

 

Insan Wrote:

 


“Saudariku…..
Artikel ini ku tulis dengan rasa kasih di hati. Renungkanlah isinya, hayati maknanya, aplikasikan ilmunya dan sematkan di kalbumu selamanya. Jadikanlah pesananku ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu, untuk
muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan agama Allah. Insya Allah….
Sesungguhnya
Nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu :
” Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas  wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”….
“ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA,
CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA.”

Wallahu Ta’ala A’lam….”

Saudariku….
Sesungguhnya kejadianmu terlalu UNIK, tercipta dari tulang rusuk Adam yang  bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang  untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang  kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.

Umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan  warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tapi  awas, duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Saudariku…..
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid. Bentengilah  dirimu dengan PERASAAN MALU yang  pertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.

Hiasilah wajah mu dengan TITISAN WUDHUK. Ingatlah bahawa CIRI-CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH ialah IA TIDAK MELIHAT KEPADA LELAKI dan LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA.

SESUATU YANG TERTUTUP ITU LEBIH BERHARGA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN SESUATU YANG TERDEDAH. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan  permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya
keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang  terdedah.

Wanita solehah yang taat dan patuh pada  Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan
yang bernama Adam. Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang  tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam  dirimu, lebih-lebih lagi dengan title gadis yang kau miliki. Sudah pastinya
darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada …

Namun ingatlah saudariku….
SESIAPA YANG INGINKAN KEBAIKAN MAKA  ALLAH AKAN MEMUDAHKAN BAGINYA JALAN-JALAN KEARAH ITU. Yang penting gadisku… engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah.

Saudariku…..
Akuilah HAKIKAT DIRIMU MENJADI FITNAH KEPADA KEBANYAKAN LELAKI. Seandainya  pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu.

Oleh itu saudariku…..
SETIAP LANGKAH DAN TINDAKANMU HENDAKLAH  BERPAKSIKAN KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau  harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa  menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Saudariku…
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah semulajadi  setiap insani, namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta.

BERCINTA ITU TIDAK SALAH TAPI MEMUJA CINTA ITU YANG SALAH. Kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta  keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta. Benarlah sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya cinta itu buta”

CINTA ITU MAMPU MEMBUTAKAN MATA DAN HATIMU DALAM MEMBEZAKAN PERKARA YANG HAK  DAN YANG BATIL APABILA KAU MELETAKKAN CINTA ITU ATAS DASAR NAFSU DAN TIDAK  KERANA ALLAH SWT.

SEBELUM KAU MENDEKATI CINTA, CINTAILAH DIRIMU TERLEBIH DAHULU. Mengkaji hakikat  kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak  berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah. Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan  terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu.

Saudariku…
MENCINTAI ALLAH DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA YANG  HAKIKI DAN ABADI kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan kepada  makhluk pastinya akan bertambah  retak dan terburai. Tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia  akan bertaut kembali. Dalam usia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu  tidak mampu bertapak  dalam hati orang yang melakukan maksiat. Buat akhirnya, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :
“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang  insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang  itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun
yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta  kepada pencipta manusia sendiri
.”

 

 



 

 
1_380934392l1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: